Wednesday, September 2, 2009

Ringkasan Pengertian Jenis Hadith

Bismillahirrahmanirrahim.. (rujukan buku : Sembahyang Rasulullah S.A.W, m/s 167)
Ilmu untuk dikongsi bersama mengenai pengertian hadith,
1. SAHIH: Hadith yang diriwayatkan oleh periwayat yang adil, sempurna ingatan, sanadnya bersambung-sambung, tiada cacat dan tiada janggal.
2. HASAN: Hadith yang diriwayatkan oleh periwayat yang adil; tetapi tidak begitu kuat ingatannya, bersambung-sambung sanad, tiada cacat dan tiada janggal.
3. DHA'IF(LEMAH): Hadith yang kehilangan satu atau lebih syarat-syarat Hadith Sahih atau Hadith Hasan.
4. MUTAWAATIR: Hadith yang dapat ditanggap panca indera, yang diriwayat oleh sejumlah besar periwayat, yang menurut adat kebiasaan mustahil mereka bersama-sama berdusta (mereka-rekakan).
5. MAUSUL: Hadith yang berhubungan sanadnya kepada Nabi Muhammad S.A.W atau kepada sahabat Nabi.
6. QAWIY(KUAT): Hadith yang diucapkan nabi yang dihubungkan dengan ayat Al-Quran bagi menguatkannya.
7. JAYYID(BAGUS): Hadith yang dikatakan baik dan sahih oleh ahli Hadith.
8. SAALIH(LAYAK): Mendekati Hasan; tetapi tidak terlalu lemah.
9. GHARIIB: Hadith yang dalam sanadnya terdapat seorang yang menyendiri (peribadi; sifat) dalam riwayat.
10.MAUQUF: Hadith berupa perkataan, perbuatan dan taqrir (pengakuan) Sahabat mengenai tafsiran ayat Quran.
11.MURSAL: Hadith berupa perkataan Taabi’I mengenai persabdaan dan perbuatan Nabi.
12.MARFUU: Hadith yang berupa perkataan, perbuatan dan taqrir yang dihubungkan kepada Nabi: bersambung sanad atau tidak.
13.MAQTUU: Hadith yang berupa perkataan, perbuatan dan taqrir Taabii.
14.MALUUL: Hadith yang menurut lahirnya baik; akan tetapi sesudah diperiksa dengan teliti, didapati dia mempunyai celaan dan cacatnya.

2 comments:

Yard said...

Salam ziarah

trima kasih dgn info nh.

minta izin link

hainur hapis said...

http://blogkarkun.blogspot.com/