Friday, August 28, 2009

KELEBIHAN SOLAH

Bismillahirrahmanirrahim...(Dipetik dari Himpunan Kitab2 Fadhail Amal, Fadhilat Solah - Hadith 1 m/s 3
Diriwayat daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, Islam dibina atas lima(rukun). Bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah s.w.t dan Muhammad adalah hambanya dan Rasulnya, mendirikan solah dan mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan:
Kelima-lima perkara di atas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting. Dalam hadith ini, Nabi s.a.w mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh lima batang tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah. sementara keempat-empat tiang di empat penjuru khemah itu merupakan empat lagi rukun Islam yang lain.Tanpa tiang tengah khemah tersebut tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu dari empat tiang tadi tidak ada maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong. Setelah mengetahui sabdaan Nabi saw yang tersebut, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sendiri sejauh manakah telah dapat kita jaga dengan sempurna? Sebenarnya kelima-lima rukun Islam tersebut amat penting sehingga dijadikan asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solah.Hazrat Abdullah bin Masud r.a berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah saw,Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah swt? Baginda saw menjawab solah. Saya bertanya lagi,Selepas solah apa pula? Jawab Baginda saw, Berbuat baik kepada ibu bapa. Saya bertanya lagi, Selepas itu apa pula?. Rasulullah saw bersabda, Jihad. Mulla Ali Qari rah. berkata bahaw a hadith ini menjadi dalil bagi pendapat utama yang menegaskan bahawa solah adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan hadith sahih yang bermaksud, Sebaik-baik amalan yang diperintahkan oleh Allah swt kepada hambanya adalah solah.Tentang solah yang merupakan amalan plaing afdal antara semua ibadat yang lain, diterangkan dengan jelas dalam banyak hadith sahih. Antara hadith tersebut ada yang terkandung dalam kitab Jamiu Saghir seperti yang diriwayatkan oleh lima orang sahabat iaitu Hazrat Thauban, Hazrat Ibnu Amr r.a, Hazrat Salamah, Hazrat Abu Umamah dan hazrat Ubadah r.a. Diriwayatkan dari Ibnu Masud ra dan Hazrat Anas r.a bahawa amalan yang terbaik ialah mengerjakan solah tepat pada waktu solah. Diriwayatkan juga daripada Ibnu Hazrat Ibnu Umar r.a dan Hazrat Ummi Fardah r.a bahawa amalan yang paling baik ialah solah pada awal waktu.

1 comment:

Ahliahnizam said...

Semoga solah yang kita kerjakan dapat mencegah diri dari perbuatan fasya' dan mungkar, Insya-Allah