Bismillahirrahmanirrahim.. (Rujukan buku: 111 Wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah, m/s 112, 120, 125~126)
Rasullullah S.A.W pernah bersabda kepada Aisyah R.A,Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya,kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah mengampuni dosanya(HR. Bukhari,Muslim dan Ahmad).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata:Rasullullah S.A.W bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali dalam satu hari"(HR.Bukhari).
Dari Al-Aghar bin Yassar,dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: "Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampunan-Nya,kerana aku juga bertaubat sebanyak seratus kali dalam satu hari"(HR.Muslim).
Wanita Penzina
Dari Imran bin Khushain:"Rasulullah S.A.W didatangi oleh seorang wanita dari kaum Hujainah, yang hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata:"Wahai Rasulullah,telah berlalu suatu hukuman bagiku maka laksanakanlah hukuman itu atas diriku.Lalu Rasulullah memanggil seorang wali wanita itu serta berkata; "Perlakukanlah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, maka jika dia telah melahirkan, bawalah dia kepadaku." Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kemudian memerintahkan kepada para sahabat supaya merejamnya. Kemudian Rasullullah menyembahyangkan mayatnya. Lalu Umar berkata kepada Rasulullah, "Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wanita itu wahai Rasulullah padahal dia telah berzina? "Maka Rasulullah menjawab, "Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul taubat, yang andai kata taubatnya itu di bagi-bagikan di antara 70 orang penduduk Madinah, tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau sanggup untuk mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?"(HR.Tarmizi dan Ahmad).Firman Allah S.W.T: "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka kejahatan mereka itu akan digantikan dengan kebaikan." (Surah Al-Furqan, ayat 70)
2 comments:
assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh
ummu-rais.. bagaimana jika dosa yg dilakukan ialah merupakan kebiasaan kita?
kiranya saya banyak sekali melakukan dosa...
waalaikumsalam wbt, ina.. tinggalkan dosa yang menjadi kebiasaan, sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan menerima taubat hambanya, jelas dinyatakan sebagaimana firman Allah SWT di dalam beberapa surah berikut:
"katakanlah wahai hamba-hambaku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar, ayat 53)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." (Surah At-Tahrim, ayat 8)
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."
"Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal." (Surah Al-Imran, ayat 135-136)
"Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya." (Surah Al-Maidah, ayat 39)
Sesungguhnya Allah itu maha penyayang terhadap hamba-hambanya..
Post a Comment