Friday, August 28, 2009

KELEBIHAN SOLAH

Bismillahirrahmanirrahim...(Dipetik dari Himpunan Kitab2 Fadhail Amal, Fadhilat Solah - Hadith 1 m/s 3
Diriwayat daripada Hazrat Abdullah bin Umar r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, Islam dibina atas lima(rukun). Bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah s.w.t dan Muhammad adalah hambanya dan Rasulnya, mendirikan solah dan mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan.(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan:
Kelima-lima perkara di atas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting. Dalam hadith ini, Nabi s.a.w mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh lima batang tiang. Tiang tengah ialah kalimah syahadah. sementara keempat-empat tiang di empat penjuru khemah itu merupakan empat lagi rukun Islam yang lain.Tanpa tiang tengah khemah tersebut tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu dari empat tiang tadi tidak ada maka khemah itu masih dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tiada tiang itu akan cacat dan condong. Setelah mengetahui sabdaan Nabi saw yang tersebut, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sendiri sejauh manakah telah dapat kita jaga dengan sempurna? Sebenarnya kelima-lima rukun Islam tersebut amat penting sehingga dijadikan asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solah.Hazrat Abdullah bin Masud r.a berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah saw,Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah swt? Baginda saw menjawab solah. Saya bertanya lagi,Selepas solah apa pula? Jawab Baginda saw, Berbuat baik kepada ibu bapa. Saya bertanya lagi, Selepas itu apa pula?. Rasulullah saw bersabda, Jihad. Mulla Ali Qari rah. berkata bahaw a hadith ini menjadi dalil bagi pendapat utama yang menegaskan bahawa solah adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan hadith sahih yang bermaksud, Sebaik-baik amalan yang diperintahkan oleh Allah swt kepada hambanya adalah solah.Tentang solah yang merupakan amalan plaing afdal antara semua ibadat yang lain, diterangkan dengan jelas dalam banyak hadith sahih. Antara hadith tersebut ada yang terkandung dalam kitab Jamiu Saghir seperti yang diriwayatkan oleh lima orang sahabat iaitu Hazrat Thauban, Hazrat Ibnu Amr r.a, Hazrat Salamah, Hazrat Abu Umamah dan hazrat Ubadah r.a. Diriwayatkan dari Ibnu Masud ra dan Hazrat Anas r.a bahawa amalan yang terbaik ialah mengerjakan solah tepat pada waktu solah. Diriwayatkan juga daripada Ibnu Hazrat Ibnu Umar r.a dan Hazrat Ummi Fardah r.a bahawa amalan yang paling baik ialah solah pada awal waktu.

Thursday, August 27, 2009

Taubat Sebelum Terlambat

Bismillahirrahmanirrahim.. (Rujukan buku: 111 Wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah, m/s 112, 120, 125~126)
Rasullullah S.A.W pernah bersabda kepada Aisyah R.A,Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya,kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah mengampuni dosanya(HR. Bukhari,Muslim dan Ahmad).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata:Rasullullah S.A.W bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali dalam satu hari"(HR.Bukhari).
Dari Al-Aghar bin Yassar,dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: "Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampunan-Nya,kerana aku juga bertaubat sebanyak seratus kali dalam satu hari"(HR.Muslim).

Wanita Penzina
Dari Imran bin Khushain:"Rasulullah S.A.W didatangi oleh seorang wanita dari kaum Hujainah, yang hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata:"Wahai Rasulullah,telah berlalu suatu hukuman bagiku maka laksanakanlah hukuman itu atas diriku.Lalu Rasulullah memanggil seorang wali wanita itu serta berkata; "Perlakukanlah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, maka jika dia telah melahirkan, bawalah dia kepadaku." Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kemudian memerintahkan kepada para sahabat supaya merejamnya. Kemudian Rasullullah menyembahyangkan mayatnya. Lalu Umar berkata kepada Rasulullah, "Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wanita itu wahai Rasulullah padahal dia telah berzina? "Maka Rasulullah menjawab, "Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul taubat, yang andai kata taubatnya itu di bagi-bagikan di antara 70 orang penduduk Madinah, tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau sanggup untuk mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?"(HR.Tarmizi dan Ahmad).Firman Allah S.W.T: "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amalan soleh, maka kejahatan mereka itu akan digantikan dengan kebaikan." (Surah Al-Furqan, ayat 70)

Tuesday, August 25, 2009

Keutamaan mempunyai anak perempuan

Bismillahirrahmanirrahim... (Rujukan buku- 111 wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah,m/s 26

Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya." (HR Bukhari dan Muslim)

"Barang siapa yang mempunyai kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi dia tetap berlaku baik kepada mereka, nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi pendinding baginya dari api neraka." (HR Bukhari dan Muslim

"Barang siapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga." (HR Tarmizi dan Abu Daud)