Friday, June 5, 2009

KELEBIHAN KALIMAH 'LA ILA HA ILLALLAH'

Bismillahirrahmanirrahim.. (petikan dari himpunan kitab2 Fadhail Amal, Fadilat Zikir ; Hadis 25 ; m.s 175)

Yahya bin Talha r.a memberitahu bahawa sahabat-sahabat melihat Talha r.a berada di dalam dukacita yang amat sangat. Beliau ditanya mereka:Apakah gerangan tuan berdukacita? Jawabnya:Aku mendengar baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa ada suatu kalimah yang jika seseorang melafaznya ketika mati, nescaya ia akan terselamat daripada penderitaan mati, wajahnya akan bersinar-sinar dan akan melihat pandangan-pandangan yang menggembirakan. Tetapi aku tidak sempat bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w tentang kalimah itu (maka lantaran itulah aku berdukacita).Umar r.a berkata:Aku mengetahui kalimah itu.Talha r.a menjadi gembira, lantas berkata:Apakah dia itu?Jawab Umar r.a: Sesungguhnya aku mengetahui bahawa tiada sesuatu kalimah yang lebih tinggi nilainya dari kalimah yang disampaikan oleh baginda s.a.w kepada pamannya Abu Talib iaitu ' La ila ha illallah ' Talha r.a berkata:Demi Allah inilah!

Keterangan:
Kalimah Taiyibah mengandungi cahaya dan kegembiraan yang telah ternyata di dalam beberapa hadis. Hafis Ibnu Hajar rah.a menulis di dalam kitabnya Al-Mubnabihat bahawa Abu Bakar Siddiq r.a berkata:Kegelapan ada 5 macam dan lampu baginya juga ada 5 macam:
(1) Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya ialah takwa.
(2) Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya ialah taubat.
(3) Kubur adalah gelap dan lampunya ialah 'LAA ILA HA ILLALLAH.
(4) Akhirat adalah gelap dan lampunya ialah amal-amal yang soleh.
(5) Jambatan sirat adalah gelap dan lampunya ialah yakin.

Rabi'atul Adawiyah rah.a adalah seorang wali yang termasyhur, beliau sembahyang semalam-malaman. Setelah terbit subuh sadiq beliau berbaring sebentar dan apakala subuh sadiq terang jelas beliau bangun dengan perasaan gelisah dan berbisik kepada dirinya,bahawa sampai bilakah kamu hendak tidur sehingga serunai sangkakala ditiupkan.Manakala waktu matinya sudah hampir tiba beliau berwasiat kepada seorang khadamnya, sambil berkata:Apabila aku sudah mati hendaklah kamu kapankan aku dengan baju bulu yang biasa aku pakai semasa sembahyang tahajjud dan berita kematianku janganlah engkau hebahkan kepada sesiapapun.Pendek kata apabila beliau telah mati, beliaupun dikapan menurut wasiatnya tadi.Sesudah itu khadamnya telah melihat di dalam mimpinya, beliau memakai pakaian yang serba indah. Lantas si khadam bertanya kepadanya:Dimanakah baju bulu yang dijadikan kain kapan bagi puan?Jawabnya Baju itu disimpan bersama-sam amalanku.Selanjutnya khadam itu berkata:Nasihatlah kepadaku.Beliau berkata.Hendaklah engkau berzikir sebanyak yang mungkin, nescaya engkau akan dibanggakan di dalam kubur nanti.

1 comment:

Ahliahnizam said...

Ya Allah, berikanlah kami hakikat La Ila Ha Illallah ......