Saturday, October 16, 2010

ISTERI-ISTERI DI DALAM SYURGA

Bismillahirrahmnirrahim.. (Rujukan buku 'Menuju ke Negeri Abadi', ms 399 - 403)

Telah diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Demi sesungguhnya berpetang-petang atau berpagi-pagi (pergi berjihad) di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. Demi sesungguhnya panah kamu dari syurga atau tempat cemetinya adalah lebih baik dari dunia dan seluruh isinya. Kalaulah seorang perempuan dari penghuni syurga dijelmakan dari penduduk bumi pasti ia akan menerangi antara kedua-duanya (langit dan bumi)dan pasti ia akan memenuhi dengan wangian. Demi sesungguhnya selendangnya yang ada di atas kepalanya itu lebih baik dari dunia dan seluruh isinya." (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lainnya)

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, beliau berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Sesungguhnya isteri-isteri penghuni syurga akan menyanyikan untuk suami-suami mereka dengan suara yang paling baik didengari oleh seseorang. Sesungguhnya lagu nyanyian mereka ialah: Kami perempuan-perempuan baik lagi cantik, isteri kepada kaum yang mulia, mereka melihat dengan penuh gembira..." (Riwayat al-Tabrani di dalam al-Awsat dan al-Saghir. Para periwayatnya semua periwayat hadith sahih)

Telah diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri daripada Nabi S.A.W di dalam mentafsirkan Firman allah S.W.T:

"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan."

Baginda bersabda:

"Sesungguhnya seorang lelaki itu akan duduk bersandar di dalam syurga selama 70 puluh tahun sebelum ia berpindah. kemudian datang kepada isterinya lalu ia memeluk bahunya. Maka ia dapat melihat mukanya pada pipi isterinya yang lebih jernih daripada cermin. Dan bahawa permata paling rendah dipakainya itu menyinari antara timur dan barat. Lalu ia mengucapkan salam kepada suaminya."
Baginda bersabda "Lalu ia menjawab salam isterinya dan bertanya: "Siapakah engkau?" Maka ia menjawab: "Aku dari syurga." Dan bahawa ia memakai 70 pakaian. Paling rendahnya seumpama kain lembut paling baik. Maka matanya dapat menembusinya sehingga ia dapat melihat isi betisnya daripada sebaliknya. Dan bahawa ia memakai mahkota, serendah-rendah permata padanya menerangi antara timur dan barat." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)

At-Tabrani dan al-Bazzar telah mengeluarkan hadith dengan sanad yang sahih daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: "Baginda S.A.W ditanya: "wahai Rasulullah, adakah kita boleh berhubung dengan isteri-isteri kita di dalam syurga?" Maka baginda menjawab: "Sesungguhnya seorang lelaki akan dapat berhubung di dalam masa sehari dengan seratus perawan."

Sungguh indah sekali suasana di sana. Seorang saudara akan menziarahi saudaranya seIslam. bapa menziarahi anak-anaknya. Anak-anak menziarahi Ibubapanya di dalam syurga. Lebih indah daripada itu semua apabila orang-orang beriman dapat menziarahi para nabi, para siddiqin dan para ulama amilin. Pemimpin bagi semuanya ini ialah Nabi Muhammad S.A.W penghulu bagi semua Rasul. Lebih indah lagi dari semua ini apabila mereka dapat menziarahi Allah S.W.T. Mereka dapat mendengar ucapanNya dan dapat melihatNya tanpa hijab.

'Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa kami, sesunguhnya Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami pada hari ini dan masa hadapan, oleh itu kurniakan sebaik-baik ketentuan dan kesudahan ke atas kami, akhirkan kami dalam keadaan beriman, semoga Allah redha ke atas kami, semoga Nabi redha ke atas kami, semoga suami kami redha ke atas kami, semoga ibu bapa kami redho ke atas kami dan seluruh umat Islam yang beriman redha ke atas kami. Semoga Syurga milik kami.. Amin.'


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, September 26, 2010

Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan." Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.

Sunday, April 11, 2010

Hukum "Lia'an"

Bismillahirrahmanirrahim... (Rujukan Tafsir Ibnu Katsier, Jilid 5 m/s 447-448)

Terjemahan Surah An-Nur, ayat 6-10
(6) Dan orang yang menuduh isterinya (berzina) padahal tidak ada saksi-saksi selain dari mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar.
(7) Dan (sumpah) yang kelima, bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.
(8) Isterinya itu dihindarkan oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta.
(9) Dan (sumpah) yang kelima bahawa murka Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.
(10) Dan andaikata tidak ada kurnia Allah dan rahmatNya atas dirimu dan (andaikata) tidak penerima taubat lagi Maha Bijaksana (nescaya kamu akan mengalami kesulitan-kesulitan).

Tafsirnya
Ayat-ayat 6-9 adalah mengatur penyelesaian persengketaan antara suami isteri yang timbul kerana adanya tuduhan berzina dari pihak suami terhadap isteri, tanpa dapat membawa empat orang saksi untuk membenarkan tuduhannya itu, sebagaimana mestinya berlaku dalam perkara yang seberat dan sepeka ini. Maka jika suami tetap menuduh, kerana ia menyaksikan sendiri, sedangkan isteri tetap menolak tuduhan itu dan tidak dapat diadakan empat orang saksi, maka ditempuhlah cara penyelesaian menurut yang diajarkan oleh ayat-ayat tersebut di atas yang dalam fiqh disebut hukum "Li'an".
Adapun cara perlaksanaan hukum "Li'an" bermaksud, ialah pihak penguasa mendatangkan kedua suami istri yang bersangkutan, dan bersumpahlah sang suami dengan nama Allah empat kali bahawa dia adalah benar (tidak berdusta) dalam tuduhannya itu, kemudian bersumpah lagi kali kelima dengan tambahan kata-kata, bahawa laknat Allah lah akan menimpanya jika ia dalam tuduhan itu berdusta.
Pihak istri pun harus melakukan hal yang sama, jika ia hendak menghindari hukum rajam, yakni bersumpah dengan nama Allah empat kali bahwa suaminya berdusta dalam tuduhannya itu dan dalam sumpahnya yang kelima hendaklah ditambah dengan kata-kata, bahwa murka Allah akan menimpanya jika suaminya benar (tidak berdusta) dalam tuduhannya.
Dengan dilaksanakannya hukum "Li'an" termaksud, maka putuslah dengan sendirinya tali pernikahan antara kedua suami istri bersangkutan menurut pendapat Imam Syafi'i dengan banyak ulama, dan dengan sendirinya maskawin harus diterima makan kepada sang istri kalau masih terhutang.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Sahl bin Sa'ad bahwa ada seorang pria datang kepada Rasulullah saw. bertanya,"Ya Rasulullah, bagaimanakah jika ada seorang pria melihat seorang pria lain bersama-sama istrinya, apakah ia harus membunuhnya, lalu kamu membunuh dia sebagai qishash?" Kemudian turunlah ayat-ayat "Li'an" ini dan bersabdalah Rasulullah kepada pria yang bertanya itu:
Artinya: "Telah ada putusan mengenai urusanmu dengan istrimu".

Tuesday, March 30, 2010

Hukum Wanita Memandang Kepada Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim... rujukanbuku 'Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah', ms.80-81.
Sebagaimana kaum lelaki diperintahkan untuk tidak memandang wanita-wanita yang bukan mahram, wanita juga diperintahkan untuk tidak memandang lelaki yang bukan mahram.
Ummu Salamah r.a (isteri nabi s.a.w) berkata, 'Suatu ketika saya dan Maimunah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum masuk ke rumah. Kerana mengetahui Abdullah buta, kami tidak menurunkan hijab dan tetap duduk di sana. Rasulullah s.a.w bersabda, 'Pakailah hijab di hadapannya!'. Saya bertanya, 'Wahai Nabi Allah, bukankah ia buta? Ia juga tidak melihat kami'. Rasulullah s.a.w menjawab, 'Apakah kamu berdua juga buta? Tidakkah kamu dapat melihatnya?'.
Kesimpulan dari hadis tersebut, adalah menjadi kewajipan bagi wanita agar tidak melihat kaum lelaki, sebagaimana telah disebutkan dalam Al-Quran,'Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menundukkan pandangan mereka...' (Surah An-Nur, ayat 30).
Abdullah bin Ummi Maktum r.a adalah seorang yang buta dan seorang sahabat Nabi s.a.w yang sangat warak. Kedua isteri Rasulullah s.a.w juga sangat warak. Meskipun demikian, Rsulullah meminta kedua isterinya agar memakai hijab di hadapan Abdullah r.a.

Thursday, January 7, 2010

Sekadar renungan menginsafi diri..

Bismillahirrahmanirrahim
Pesan Imam Al-Ghazali, yang dekat itu...MATI,yang jauh itu...MASA LALU, yang besar itu...NAFSU, yang berat itu...MEMEGANG AMANAH, yang ringan itu...MENINGGALKAN SOLAT, yang tajam itu...LIDAH MANUSIA

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja, Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untukmu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang, Sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya, Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain, terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, terus mencuba membandingkannya dengan orang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan menyesal.